PENGENALAN TERHADAP FINTECH SHARIAH

Posted by

Perkembangan teknologi dalam bidang kewangan (Fintech) terutama Fintech shariah sangat pesat di Malaysia seiring dengan kecanggihan teknologi dan informasi pada masa kini. Hal ini dapat menyedarkan masyarakat bahawa perkembangan teknologi kini telah banyak mengubah perkara yang merangkumi kehidupan manusia. Oleh itu, perkembangan fintech ini dipercayai akan menjadi salah satu pembentuk ekosistem ekonomi digital. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh fintech shariah dan pengenalan kepada fintech shariah?

Pengenalan

Fintech shariah merupakan sebuah penggabungan dari inovasi yang terdapat pada bidang kewangan dan teknologi dalam memudahkan proses transaksi dan pelaburan yang berdasarkan hukum shariah atau hukum islam yang ditetapkan oleh Al-Quran, sunnah dan para ulama. Secara dasarnya, Fintech ini dimulakan sejak menemukan blockchain dan cryptocurrency. Di mana penemuan teknologi tersebut membolehkan untuk melakukan transaksi digital serta pembuatan mata wang digital berserta penyimpanan yang sangat ketat dan selamat meskipun digunakan dalam jangka waktu yang panjang.  Setelah itu, penemuan kedua teknologi tersebut dapat membuatkan fintech lebih berkembang dan banyak digunakan di dalam dunia perbankan dan lain-lain perniagaan.

Fintech shariah ini haruslah diterapkan di Malaysia dan hal ini juga sangat sesuai untuk digunakan oleh masyarakat Muslim memandangkan majoriti masyarakat di Malaysia adalah beragama Islam. Hal ini membuat kemunculan fintech shariah adalah tepat dan sangat sesuai untuk digunakan. Fintech shariah ini memang ditujukan kepada umat Islam di Malaysia untuk menggunakan sistem ekonomi berdasarkan hukum Islam. Hal ini dapat terhindar daripada sistem ekonomi kapitalis yang mengandungi riba. Fintech shariah ini dapat menggantikan kewangan konventional yang mengandungi unsur riba.

Konsep Akad Fintech Syariah

Photo by Pixabay

Sesuai dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama bahawa semua fintech shariah harus menjalankan hal-hal yang berkaitan dengan fintech sesuai dengan aturan yang ditetapkan oleh Islam. Akad yang digunakan juga harus berlandaskan dengan hukum Islam. Berdasarkan hal itu, konsep akad yang digunakan di dalam fintech shariah ini menggunakan akad mudharabah dan juga musyarakah. Dengan menggunakan konsep berdasarkan kedua akad tersebut, maka diharapkan fintech syariah ini benar-benar menggunakan hukum dasar Islam.

Akad Mudharabah merupakan sebuah perjanjian atau aturan di antara pemberi modal dan peniaga. Pemberi modal akan menyediakan modal kepada peniaga untuk sesuatu projek atau perniagaan. Keuntungan yang terhasil daripada perniagaan atau projek tersebut akan dikongsi bersama antara pemberi modal dan peniaga. Jumlah perkongsian ini adalah jumlah yang dipersetujui antara kedua-dua pihak. Walaupun keuntungan dikongsi bersama, kerugian adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemberi modal.

Akad Musyarakah pula merupakan sebuah perkongsian yang dilakukan oleh dua orang ataupun lebih dengan melakukan sistem pembahagian untung dan rugi yang adil. Dengan itu, kedua-dua pihak tersebut mendapatkan keuntungan yang sama sesuai dengan kesepakatan awal yang telah disepakati. Kerugian juga menjadi tanggungjawab kedua-dua pihak dengan pemberian beban yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s